FANEY
ADA AKU DALAM DUNIA KU
Friday, February 5, 2010
Sunday, October 18, 2009
LADANG TEH CAMERON HIGHLAND
Tengok ape tu.....menarik sangat kt bawah tu, Danial sorang je yang posing kat kamera..Masa ni kami on the balik cuti lepas hari raya Aidilfitri, kami ikut jalan baru dari Sg Koyan Kuala Lipis Cameron Highland, ok jugak jalan baru tapi belum siap sepenuhnya, rasanya memang dekat ikut jalan baru ni, itu pun sebab nak hantar adik balik Cameron, ni gambar masa berhenti rehat dekat ladang Bharat Teh, masa order minum pekerja dia rekemen kan pekena teh masala dia cakap tehnya sedap, ada campuran herba, kami pun order la satu teko, pehh langsung tak sedap pun HAMPEHHH.. Tollll...
Tapi permandangan dia sungguh mendamaikan hati dan memberikan ketenangan, indah sungguh ciptaan Tuhan Yang Maha Esa Subhanaullah....kami rehat disini dalam 1jam selepas itu kami terus bergerak balik, masa lalu dekat Kea Farm kami singgah sekejap beli sayur untuk buat masak makan malam. tengok la gambar-gambar kenangan kami dekat dibawah....

Saturday, October 17, 2009
HAJI DANIAL
Wednesday, October 14, 2009
DANIAL & GAMBANG LAKE TOWN WATERPARK
Pada cuti hari raya yang lalu danial dengan mama dia pergi mandi di gambang lake town waterpark, saya tidak dapat ikut sebab saya ada plan saya sendiri, cam biasa la mancing ke laut..nampak cam seronok je dia orang ni mandi..Jom kita tengokk gambar-gambar mereka semua..
Haaa.. mandi dengan makcu dia.. waa waaa seronoknya
Haaa.. mandi dengan makcu dia.. waa waaa seronoknyaUDANG SG LIPIS VS SG DEW
Sebenarnya saya memang meminati sukan memancing, bukan apa, boleh dikatakan semua ahli keluarga saya memang berkongsi satu minat yang sama, tengok la dekat bawah tu yang pakai baju biru tu ayahanda tercinta saya, masa ni kami pergi memancing dekat sungai Lipis, sungai Lipis memang terkenal dengan ikan patin yang memang ORIGINAL tidak ada tandingannya dengan ikan di tempat lain, harga dia plak mak aikk mahal giler sekarang ni boleh memcecah RM130 sekilogram...Ok sebenarnya saya nak bercerita tentang udang galah Sungai Lipis VS Sungai Dew.
Udang galah di sungai Lipis berbadan besar, kasar dia punya kateh punya la panjang, kalau dapat yang besar tu seekor boleh mencecah 400-600gram, tapi kalau udang sungai Dew udangnya pun besar jugak, biasanya kalau yang besar orang disini panggil RANGGAH panggilan orang Taiping..saya biasa juga menaikan Ranggah ni, beza dia badannya besar tapi kateh (sepit) dia kecik je..kalau di Kuala Lipis Udang nya Udang Pergunungan, Udang di taiping Udang Di Lautan (air masin)..Saya pun tidak berapa expert jugak pasal ni semua, saya tahu pegi memancing je..GOreng PuN soDap...

Saturday, October 10, 2009
SEPIT BIRU SG DEW
Di taiping harga udang galah mampu memcecah RM40 sekilo. Tapi kalau kena musin dia pehhh..memang SYookk wooo...Saya dengan orang umah apalagi bila tiba musin udang saya mesti turun memancing punya,pancing sendiri baru rasa kepuasannya,..tapi kalau beli kat pasar malam pn boleh gak..tapi nak cite haa bila sendiri yang pancing makan pn sedap layan udang pn sedap...
Kat sini kalau nak memancing udang umpan killer dia umpun2 la, tapi kalau ada cacing air pun ok gak, nak cari cacing air ni pun kena pandai gak, ada tempat2 dia. Memancing kt sini kena pandai tengok air, ada waktu pasang dan surutnya. Kt SG DEW ni kalau kena gayanya sekali turun boleh dapat 2-3 kilo..kena turun dengan sampan la,sini boleh sewa sampan cuma RM10 je takda injin la.

Tuu dia sepit biru dah naikkk..

Subscribe to:
Comments (Atom)

Bob, Iman Fatihah
Nenek bersama cucu kesayangannya..

Tengok tu dia punya kateh..ada brani..
Ni camna boleh sesat plak keli ... 3kg tu beb...

Kalau camni punya hasil ok tak..ni mancing dari tebing je.. dalam 2jam